Memaparkan catatan dengan label Bijak Sifir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bijak Sifir. Papar semua catatan
Isnin, 24 November 2025
Rabu, 1 Oktober 2025
Laman Bijak Sifir
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/bank-soalan-skbtpdpc/bijak-sifir?authuser=0
Laman Bijak Sifir ini dibina bagi membantu murid-murid memantapkan lagi sifir Matematik mereka. Murid boleh belajar dan menjawab sifir dengan lebih mantap sekiranya sentiasa membuat ULANG TUBI. Cubalah...
Isnin, 28 April 2025
Jumaat, 21 Mac 2025
Program Bijak Sifir terus dimantapkan
Dapatkan gambar dan maklumat lagi di Laman FB SKBT:
https://www.facebook.com/media/set?vanity=sk.tajau&set=a.2033909833717315
Khamis, 13 Mac 2025
PELUNCURAN BIJAK SIFIR PAHANG : KILAT@SKBT
Peluncuran Program Bijak Sifir Pahang bagi SK LKTP Bukit Tajau telah dilaksanakan dengan rasminya pada Isnin 10 Mac 2025. Namun perlaksanaannya telah dilaksanakan sejak hari pertama sesi persekolahan 2025. Malah SKBT mendahului program dengan melaksanakan Bijak Sifir sewaktu cuti persekolahan akhir tahun 2024 lagi. Tahniah kepada Unit Kurikulum dan Panitia Matematik yang dibantu oleh semua guru yang turut sama membantu.
SKBT telah melaksanakan program Mentor Mentee Bijak Sifir sejak hari pertama persekolahan dengan mengadakan sesi ujilatih sifir 15 minit di dataran perhimpunan bermula jam 7.30 pagi. Guru atau Mentor seterusnya bersama murid di waktu rehat dan masa tertentu bagi sentiasa mendedahkan murid menguasai sifir. Panitia Matematik juga telah menyediakan kad laporan sifir untuk diuji samaada oleh guru, rakan sebaya atau ibu bapa. Kerjasama semua amat menyuntik semangat untuk semua murid berusaha menguasai sifir.
KILAT@SKBT amat berimpak tinggi bagi membantu murid lancar dan menguasai sifir Matematik. Semoga usaha ini memberi kebaikan untuk semua. Tahniah SKBT!
![]() |
| Kad Ujilatih penguasaan pembacaan sifir |
Selasa, 11 Mac 2025
Isnin, 10 Mac 2025
Sabtu, 8 Mac 2025
Program Bijak Sifir SKBT 2025. KILAT@SKBT
Program ini bagi menyahut saranan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam usaha memantapkan Bijak Sifir dalam kalangan para murid. SKBT bertuah sebenarnya kerana kita telah menggerakan program ini sejak awal lagi. Ia telah dilaksanakan pada cuti persekolahan 2024 di mana semua murid telah dibekalkan instrumen pengujian Bijak Sifir.
Dengan keinginan Pengarah Pendidikan Pahang sendiri untuk melihat program Matematik Bijak Sisir dimantapkan, usaha ini perlu kita sahut dengan bersungguh-sungguh. Tahniah Panitia Matematik di bawah kepimpinan Cikgu Rozana, menghidupkan budaya Sifir sejak hari pertama persekolahan 2025. Pendedahan, latih tubi, ulang tubi dan pengesanan telah dilaksanakan. Malah disambut oleh semua guru di bawah program Mentor Mentee Bijak Sifir telah dilaksanakan sejak hari pertama persekolahan.
Ianya perlu sentiasa ditambah baik. Ia bagi meningkatkan kecekapan murid dalam Bijak Sifir dan bukannya hanya menghafal tetapi dapat menjawab, mencatat dan meningkatkan kemahiran Matematik mereka.
Kita telah memilih KILAT@SKBT sebagai tema dan projek tempur Matematik.
K-Kuasai
I- Ingat
LA- Laju
T-Tepat
@
S- Sifir
K- Koi
B- Bolot
T- Terus
Ia juga bagi menyahut seruan Transformasi Pendidikan Pahang dengan mengangkat bahasa dialek Pahang atas perkataan SKBT di mana "Koi" (saya) dan "Bolot Terus" (Kuasai semuanya).
Jumaat, 7 Mac 2025
Ujian Pengesanan Bijak Sifir telah dilaksanakan
Panitia Matematik telah menggerakkan Ujian Pengesanan Awal bagi melihat dan menilai sejauhmana keberkesanan Program KILAT@SKBT. Murid diuji menghafal dan menjawab sifir secara lisan dan bertulis.
Kebanyakkan murid didapati lebih menghafal sifir namun mempunyai masalah dalam ujian lisan dan menulis sifir. Masa juga diambil kira dalam memastikan murid cekap, menguasai dan ingat apa yang dipelajari. Ujian ini akan dibuat berulang kali dan ulang tubi sehingga semua murid lancar. Penambahbaikan sentiasa dibuat selain menganalisis data bagi memastikan semua murid terlibat dan menguasai tanpa ada yang tercicir.
Isnin, 24 Februari 2025
Gerak Gempur Sifir
Taklimat Program Bijak Sifir : KILAT@SKBT telah dilaksanakan di awal minggu pertama lagi. Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum dan Panitia Matematik. Teruskan usaha murnimu.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Program ini bagi menyahut saranan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam usaha memantapkan Bijak Sifir dalam kalangan para murid. SKBT ber...
-
Usaha pencegahan risiko keselamatan murid telah digerakkan oleh pihak sekolah bagi memastikan kawasan sekolah selamat. Pekerja membantu meng...













.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)





































