Khamis, 13 Mac 2025

PELUNCURAN BIJAK SIFIR PAHANG : KILAT@SKBT





Peluncuran Program Bijak Sifir Pahang bagi SK LKTP Bukit Tajau telah dilaksanakan dengan rasminya pada Isnin 10 Mac 2025. Namun perlaksanaannya telah dilaksanakan sejak hari pertama sesi persekolahan 2025. Malah SKBT mendahului program dengan melaksanakan Bijak Sifir sewaktu cuti persekolahan akhir tahun 2024 lagi. Tahniah kepada Unit Kurikulum dan Panitia Matematik yang dibantu oleh semua guru yang turut sama membantu.
    SKBT telah melaksanakan program Mentor Mentee Bijak Sifir sejak hari pertama persekolahan dengan mengadakan sesi ujilatih sifir 15 minit di dataran perhimpunan bermula jam 7.30 pagi. Guru atau Mentor seterusnya bersama murid di waktu rehat dan masa tertentu bagi sentiasa mendedahkan murid menguasai sifir. Panitia Matematik juga telah menyediakan kad laporan sifir untuk diuji samaada oleh guru, rakan sebaya atau ibu bapa. Kerjasama semua amat menyuntik semangat untuk semua murid berusaha menguasai sifir.
    KILAT@SKBT amat berimpak tinggi bagi membantu murid lancar dan menguasai sifir Matematik. Semoga usaha ini memberi kebaikan untuk semua. Tahniah SKBT!

 
Kad Ujilatih penguasaan pembacaan sifir

Tiada ulasan:

PIBG, JPKK dan Komuniti Felda Bukit Tajau menyantuni dan meraikan Sambutan Hari Guru SKBT.

Tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG yang merancang kunjungan dan menyambut guru-guru SKBT. Semoga SKBT terus hebat dan kerjasama semua ...