Isnin, 18 Mei 2026

PIBG, JPKK dan Komuniti Felda Bukit Tajau menyantuni dan meraikan Sambutan Hari Guru SKBT.




Tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG yang merancang kunjungan dan menyambut guru-guru SKBT. Semoga SKBT terus hebat dan kerjasama semua pihak memberi impak yang baik kepada anak-anak SKBT.

 

Sabtu, 9 Mei 2026

Pencegahan Risiko Keselamatan SKBT

Risiko keselamatan di mana-mana termasuklah sekolah. Banyak kes dan viral berkaitan keselamatan, kecederaan, kemalangan dan kematian murid sekarang ini. Untuk itu, pihak sekolah dengan kerjasama pengurusan Felda, JPKK, PIBG dan agensi terlibat, sedang berusaha untuk meningkatkan keselamatan terutama di hadapan pintu pagar sekolah. 

Kami telah berusaha untuk adakan garisan kuning, laluan murid, tempat menurunkan murid dan label penting berkaitan keselamatan. Kita berharap kejadian yang tidak diingini tidak berlaku di SKBT. Keselamatan murid diutamakan.






 

PIBG, JPKK dan Komuniti Felda Bukit Tajau menyantuni dan meraikan Sambutan Hari Guru SKBT.

Tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG yang merancang kunjungan dan menyambut guru-guru SKBT. Semoga SKBT terus hebat dan kerjasama semua ...