Program ini bagi menyahut saranan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam usaha memantapkan Bijak Sifir dalam kalangan para murid. SKBT bertuah sebenarnya kerana kita telah menggerakan program ini sejak awal lagi. Ia telah dilaksanakan pada cuti persekolahan 2024 di mana semua murid telah dibekalkan instrumen pengujian Bijak Sifir.
Dengan keinginan Pengarah Pendidikan Pahang sendiri untuk melihat program Matematik Bijak Sisir dimantapkan, usaha ini perlu kita sahut dengan bersungguh-sungguh. Tahniah Panitia Matematik di bawah kepimpinan Cikgu Rozana, menghidupkan budaya Sifir sejak hari pertama persekolahan 2025. Pendedahan, latih tubi, ulang tubi dan pengesanan telah dilaksanakan. Malah disambut oleh semua guru di bawah program Mentor Mentee Bijak Sifir telah dilaksanakan sejak hari pertama persekolahan.
Ianya perlu sentiasa ditambah baik. Ia bagi meningkatkan kecekapan murid dalam Bijak Sifir dan bukannya hanya menghafal tetapi dapat menjawab, mencatat dan meningkatkan kemahiran Matematik mereka.
Kita telah memilih KILAT@SKBT sebagai tema dan projek tempur Matematik.
K-Kuasai
I- Ingat
LA- Laju
T-Tepat
@
S- Sifir
K- Koi
B- Bolot
T- Terus
Ia juga bagi menyahut seruan Transformasi Pendidikan Pahang dengan mengangkat bahasa dialek Pahang atas perkataan SKBT di mana "Koi" (saya) dan "Bolot Terus" (Kuasai semuanya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan