Memaparkan catatan dengan label Merakyatkan Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merakyatkan Sekolah. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2026

PIBG, JPKK dan Komuniti Felda Bukit Tajau menyantuni dan meraikan Sambutan Hari Guru SKBT.




Tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG yang merancang kunjungan dan menyambut guru-guru SKBT. Semoga SKBT terus hebat dan kerjasama semua pihak memberi impak yang baik kepada anak-anak SKBT.

 

Sabtu, 9 Mei 2026

Pencegahan Risiko Keselamatan SKBT

Risiko keselamatan di mana-mana termasuklah sekolah. Banyak kes dan viral berkaitan keselamatan, kecederaan, kemalangan dan kematian murid sekarang ini. Untuk itu, pihak sekolah dengan kerjasama pengurusan Felda, JPKK, PIBG dan agensi terlibat, sedang berusaha untuk meningkatkan keselamatan terutama di hadapan pintu pagar sekolah. 

Kami telah berusaha untuk adakan garisan kuning, laluan murid, tempat menurunkan murid dan label penting berkaitan keselamatan. Kita berharap kejadian yang tidak diingini tidak berlaku di SKBT. Keselamatan murid diutamakan.






 

Rabu, 30 April 2025

Rakan strategik baru SKBT : Perpustakaan Awam Daerah Maran.



 Perpustakaan Awam Daerah Maran kini merupakan rakan strategik baru SKBT. Jalinan kerjasama ini akan dipercepatkan dengan pelbagai program bagi membantu pembacaan anak-anak SKBT. Program Jom Membaca membawa satu suntikan semangat pembacaan anak-anak.  Banyak program dirancang dan bakal dimurnikan bagi membawa impak yang baik untuk anak-anak.

Program Jom Membaca bersama Perpustakaan Awam Daerah Maran. Kolaborasi bersama dalam meningkatkan pembacaan para pelajar SKBT


















Semoga dapat meningkatkan pembacaan anak-anak SKBT.
 

SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN 2026 TAHUN 5

  SETELAH MENJAWAB, SILA TULIS NAMA PADA LETTERBOARD. TQ