Boleh lihat di FB SKBT:
https://www.facebook.com/share/p/15qCY21Lry/Jumaat, 28 Mac 2025
Rabu, 26 Mac 2025
Indah Water Kosotium(IWK) : pembersihan air kumbahan dan najis. Mengurangkan risiko tandas tersumbat.
Terima kasih IWK hadir membersihkan takungan najis dan kumbahan SKBT. Ia mampu mengurangkan risiko tandas tersumbat. Tangki septik dapat dikosongkan. Namun begitu, tangki septik sedia ada sudah uzur, tersumbat. Ini adalah disebabkan longkang dalam tangki pecah menyebabkan najis tidak dapat dialirkan ke tangki septik utama. Banyak lagi kerja yang perlu GB dan guru-guru lakukan.
Selasa, 25 Mac 2025
Mesyuarat Pengurusan Kejohanan Bola Baling dan Bola Tampar MSSZ Luit 2025
Mesyuarat ini dihadiri oleh semua GPK Ko Kelompok Luit dan pengerusi Biro Sukan dan Permainan MSSZ Luit. SK LKTP Bukit Tajau terlibat sebagai pengelola kejohanan bola baling MSSZ Luit .
Jumaat, 21 Mac 2025
Program Bijak Sifir terus dimantapkan
Dapatkan gambar dan maklumat lagi di Laman FB SKBT:
https://www.facebook.com/media/set?vanity=sk.tajau&set=a.2033909833717315
Rabu, 19 Mac 2025
Lawatan Tapak Pembaikan Taman Permainan Prasekolah
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ada berita gembira apabila SKBT mendapat Taman Permainan yang baru. Alhamdulillah, syukur atas keprihatinan PPD Maran dan JPN Pahang. Pembaikan taman ini membantu kepada keselesaan dan keceriaan SKBT. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Khamis, 13 Mac 2025
PELUNCURAN BIJAK SIFIR PAHANG : KILAT@SKBT
Peluncuran Program Bijak Sifir Pahang bagi SK LKTP Bukit Tajau telah dilaksanakan dengan rasminya pada Isnin 10 Mac 2025. Namun perlaksanaannya telah dilaksanakan sejak hari pertama sesi persekolahan 2025. Malah SKBT mendahului program dengan melaksanakan Bijak Sifir sewaktu cuti persekolahan akhir tahun 2024 lagi. Tahniah kepada Unit Kurikulum dan Panitia Matematik yang dibantu oleh semua guru yang turut sama membantu.
SKBT telah melaksanakan program Mentor Mentee Bijak Sifir sejak hari pertama persekolahan dengan mengadakan sesi ujilatih sifir 15 minit di dataran perhimpunan bermula jam 7.30 pagi. Guru atau Mentor seterusnya bersama murid di waktu rehat dan masa tertentu bagi sentiasa mendedahkan murid menguasai sifir. Panitia Matematik juga telah menyediakan kad laporan sifir untuk diuji samaada oleh guru, rakan sebaya atau ibu bapa. Kerjasama semua amat menyuntik semangat untuk semua murid berusaha menguasai sifir.
KILAT@SKBT amat berimpak tinggi bagi membantu murid lancar dan menguasai sifir Matematik. Semoga usaha ini memberi kebaikan untuk semua. Tahniah SKBT!
![]() |
Kad Ujilatih penguasaan pembacaan sifir |
Rabu, 12 Mac 2025
Selasa, 11 Mac 2025
Isnin, 10 Mac 2025
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Semoga dapat meningkatkan pembacaan anak-anak SKBT.
-
Alhamdulillah, ada peningkatan kepada kehadiran bagi Jun 2025. Peningkatan sebanyak 0.32% dari bulan Mei kepada 94.15%. Namun begitu hasrat...
-
Program ini bagi menyahut saranan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam usaha memantapkan Bijak Sifir dalam kalangan para murid. SKBT ber...